Degree Calling...

No comments:
Assalamualaikum.
Semalam secara rasminya permohonan UPU dah tutup. Kalau ikutkan tarikh awal, 30.3 then extend smpai 5.4 eh extend lagi sekali smpai 6.4 sebab ramai complaint system down. Mesti last minute isi kan 😏 Aku dah survey pasal course nak ambil degree since Feb lg. Tapi, isi UPU Selasa lepas HEHE Confius nak pilih course apa. Last isi UPU habis SPM 2013, sekarang dh 2017. Website pun lagi user-friendly *thumbs up!

Buat yang dah sambung degree, untung korang kan saya still semester 6 lagi ni. Most course diploma IPTA takde IT (industrial training) that's why ramai yang habis awal. Tapi takpe, boleh dapat pengalaman intern and serious talk, even baru sebulan lebih intern dh byk benda aku belajar. Nah, tgk la course mana jadi pilihan UPU kali ni.


Kenapa UKM utk pilihan pertama? Sebabnya, antara course yang relate dengan multimedia course ni paling hampir sama dgn degree multimedia UniKL. Dah la 2 tahun setengah je. Tapi, ada iv plok! 😅 UM jadi pilihan ketiga sebab course ni takde hons. Pelik juga, kalau ikutkan UM kan top Uni tapi kenapa course ni takde hons. Better if korang nak sambung degree ambil couse yang ad hons. Bila nak apply kerja senang tapi rezeki masing-masing kan? so up to you. Selebihnya iRedho. Course yang relate dgn multimedia kat UPU ni more into computer science, software development & information technology.

Masa godek-godek laptop haritu terjumpa pilihan UPU dulu. Patutlah takdapat offer, aku isi pun ikut suka hati je takde buat rujukan pape pun. HAHA Nak isi UPU ni, pastikan habis korek segala kejadah pasal course at least simple brief mcm course ni nnt belajar ap... Takdela menyesal di kemudian hari.

Buat masa sekarang ni, 1st choice degree,
Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design Reasons, sebab dh tahu mcm mana system pembelajaran kat sini, siapa lecturer yang mengajar, pastu rumah sewa dah ada. Subject utk course ni pun variety & balance dengan coding, designing. Nak transfer credit pun boleh daripada 4 tahun in sha Allah boleh jadi 3 tahun je. Tapi, kalau dapat tawaran kat UPU ni mesti aku fikir lagi sekali kot. Tgk la nnt macam mana. See you soon Degree.
Till then.




The Sims 4 Original : RM25 jer

No comments:
Assalamualaikum.
Kali ni nak share ngan korang yang tercari-cari kat mana lah nak dapatkan The Sims 4 ORI pada harga yang murah. Setelah sembilan bulan main game ni, alhamdulillah takde masalah, mmg betul ori siap dapat expansion pack lagi. Aku beli dengan harga RM23 sahaja. Caye tak?
(mukadimmah panjang, mohon bersabar)


Ceritanya bermula bila dapat berita cuti sem (SEM4) yang sepatutnya berakhir 28.8 dipanjangkan ke tarikh 25.9 Mahu dekat sebulan tu extend. Punya lah taktahu nak buat apa kat rumah tu yang tetiba teringin nak main The Sims. Sekarang dah TS4, so terus survey harga yang ori. Fuhhh mahu seratus lebih jugak! Nak beli, tapi fikir duit. Survey kat Lelong, Lazada, the11street harga lebih kurang. Trusted pun belum tentu ni. At last install Carousell then cari kat situ. Yes jumpe pun yang murah. Tapi mula-mula taktahu nak percaya ke tak. 1st time ni beli kat Carousell. Takpe, try baca feedback customer.



Antara seller yang aku deal, best_game_store yang respond dulu. Bila baca feedback customer, semua bagi +ve feedback. Bila dh mcm sure nk beli tu, aku pun minta harga RM23, seller accepted! Done settled payment, malam tu terus dapat email. TS4 bukan dalam bentuk CD tau, so korang kena download online. Ada la steps yg kena follow. Aku tunggu 12 jam kot nak download menda ni ==' Demi The Sims, i sanggup! HIHI Aku pernah takboleh buka TS4 ni sbb ada file missing, and the seller, Virginia mmg tersangat baik tolong solve problem ni guna teamviewer.

Dengan harga RM23, aku dapat The Sims 4 With 4 extension pack:

1. The Sims 4 Get Together
2. The Sims 4 Spooky Stuff
3. The Sims 4 Get to Work
4. The Sims 4 Cool Kitchen Stuff


Since intern ni takde masa nk main T.T Okay done short review. Get yours now!
Till then.








Everyday Footwear

No comments:
Assalamualaikum.
WEEK 7 - Salam Jumaat semua. Hari ni macam biasa cuti, so nak update skit la untold story: Everyday footwear by Me. Masa belajar dulu, everyday footwear aku ialah sneakers & sandal. Takkan nak pergi kampus pakai slipper kot! HAHA High heels takpernah sentuh. Takpernah ada. Wedges ada la yang raya tahun 2013 kot tapi takpakai pun. Sepanjang intern ni, everyday footwear ialah slipper & sandal je. Selesa, senang 'saut' je. Kat sini, kalau nak dress up skit takconfident sebab orang mesti pandang atas bawah. Balik Ganu ni, humble jelah pakai casual look dgn slipper.


Tiga-tiga ni aku sayang giler-giler! Ad orang giler heels kan, aku giler slipper dgn sandals! XD Giler sneakers jugak tapi sebab semua tinggal kat rumah sewa, so tinggal 3 biji ni je yg boleh pakai kt sini. Yang putih tu takpernah pakai lagi, hadiah birthday from my sistor. Raya nnt aku rasmi kan hehe.

Sandal atas kiri tu, beli kat Zalora, raya tahun 2015. Masih kukuh sampai sekarang, takde koyak, tercabut pun. Cuma warna hitam tu jadi pudar yelahh dh nk msuk 2 tahun pakai kot. Beli harga RM49.90 time ni Zalora buat sale, aku beli sekali dgn warna putih tapi jarang pakai. Boleh kira dgn jari sbb takconfident lg nk pakai warna putih. Pakai sandal pun nk kena confident ke? HAHA Sandal hitam & slipper hitam beli kat cincaibuy. Paling latest beli slipper (bulan lepas) Sandal beli akhir tahun 2015, ni pun masih bergaya mcm baru beli! Tali masih dlm keadaan elok, takde terkoyak, tercabut even takde brand XD Tapi, depend si pemakai juga kan. Kalau jenis rakus, kasut yang beli tahun lepas pun dah selamat masuk tong sampah.

If korang nak beli sandal, sneaker, slipper, wedges, heels yang good quality tapi low price boleh cari kat cincaibuy, theonemall. Zalora pun not bad, tapi branded la kan. Zalora pun byk kali buat sale, so no worries. Time beli slipper (cincaibuy) ambil masa seminggu je untuk sampai. Biasanya dalam 3 minggu maybe slipper ni ready stock kot. And aku baru perasan, design slipper ni sama dgn footwear's Ana Abu!


Sandal hitam cincaibuy: RM34
Slipper hitam cincaibuy: RM31

Sama kan? HAHA Aku ada berkenan juga dengan footwear Ana Abu ni tapi baru je beli slipper tu so hold dulu. Mana tahu raya nnt Ana Abu keluarkan design baru ke HIHI
Till then.




Denggi Attack

No comments:
#keyword: Muk = nyamuk

Assalamualaikum.
Masa SEM3 memang kecoh satu rumah when one of my housemate suspect denggi! Waktu ni dah la a week before study week. Lagi seminggu lepastu, final. Kalau nk describe suasana rumah kitaorg masa SEM3 ni, mcm Balai Raya Nyamuk! Merata-rata nyamuk. Toilet, almari, rak kasut, ruang ampaian baju, corridor. Yang kelakarnya, rumah kitaorg ni level 21. Kemain tinggi kau terbang ye Muk! Rumah sewa aku ni area Kg. Baru takperlu bgtahu la nama ap tempat ni kan HEHE Kwsn rumah aku ni memang sejak beberapa tahun ni mmg ada je yg kena suspect denggi. Tapi tak sangka plak aku antara suspect tu.

Org paling 1st kena suspect denggi ialah housemate + roomate aku, Azy. Pernah satu malam, dia mengadu cakap gatal sangat kat peha dia. Dia pun garu-garu sampai naik merah. Masa ni kitaorg takde plak nak kata Azy ni kena denggi. Satu hari ni balik je dari class, Azy demam. Demam mengejut! Siap pergi klinik minta ubat, doktor kata, "awak demam ni." Esoknya, elok plak dia. Cergas macam hari biasa. Tapi, bila dah nak menghala ke petang, badan dia lemah balik. Parent dia suruh balik. Esoknya dia inform kat kitaorg yang dia suspect denggi. Semua terkejut. Lg 3 minggu nak final! Lepas Azy, mangsa seterusnya Tipah, Thirah & Jannah.

Tipah and Thirah balik rumah sendiri. Tapi jannah kesian kena tahan kat HKL. Doktor takbagi balik Perak. Next, giliran aku plak. Dah la masa ni pening kepala siapkan assignment Web Design. Nak menelaah coding CSS & HTML lg ni. Secara tiba-tiba aku cirit birit. Pastu badan rasa sejuk lain macam. Malam tu tidur aku pakai stokin.

Aku pun pergi klinik, doktor pun kata aku demam. Tp sama mcm Azy. Siang hari okay, malam jadi lemah balik. Azy dh ckp aku ni mcm simptom awal denggi. Tapi aku kata tak sbb taknak! Bila tangan aku naik bintik merah, aku pun redha mmg denggi la ni. Malam tu call ibu ckp nak blik. Dipendekkan cerita, mmg aku balik Dungun & naik bas! HAHA Aku jadi serba-salah nak naik flight sbb tahu tiket mahal kalau beli skrg. Sbb aku yakin yg aku ni still kuat nak tempuh 6 jam dlm bas, aku pun ckp kat ibu, "takpe org naik bas je."


Smpai je rumah. Aku ckp la ad bintik merah. Ibu call makcik aku yg nurse then dia suruh pergi hospital terus. Masa ni kan dh malam. Badan aku jadi lemah balik. Tp aku ikut kan jelah. Smpai je hospital, doktor kata aku suspect denggi. Suhu badan tinggi. For the 1st time, aku kena masuk air. Sakit wuuuuuu T.T For the 1st time jugak, doktor cucuk ambik darah! Sakit wuuuu! Tapi takde daya nak meraung HAHA Tahu doktor tu cakap apa?

Okay next entry aku cerita. Nnt aku senaraikan jgk petanda awal demam denggi, apa yang aku buat sepanjang waktu tu dan apa yg aku makan utk merawat denggi ni.
Till then.

#Bulan 2 baru ni Azy suspect denggi lagi! Ya Rabbi nasiblaa takde pape. Demam denggi ni boleh bawa maut sebenarnya. Sebab tu kalau demam mengejut, terus pergi hospital tau.