My 1st Ever KPOP Album!

#fangirl alert!

Assalamualaikum.
Sekarang nak cerita pasal my 1st ever Kpop Album(ulang balik title) Ingatkan nak tunggu lepas beli lg 2 album tp mcm taksabar plak nak share sebabnya i sendiri pun taktahu bila plak nak beli lg 2 album tu huhu Kenapa nak tunggu beli 2 album tu? Meh nak cerita skit.


Tahun lepas, VIXX came out dgn year long 2016 Conception Project. Project ni ada 3 comeback iaitu Zelos, Hades, Kratos. So bermakna akan ada 3 album. Tapi, sebelum end of this project, dorg release Ker album. Ker ni kiranya compilation 3 comeback tu la. Aku dah 'terbeli' yang Kratos. Satu lg masa Ker keluar ni, poket kering T.T Dah 'terbeli', maka nanti aku akan 'terbeli' jugak lg 2 album tu untuk cukupkan VIXX 2016 Conception Project XD Kat mana nak cari official album ni?

Kat Malaysia je. Dulu aku usha 2 website ni: KPOPTOWN | YESASIA
Tengok harga pun dah tahu takmampu! haha Sebelum ni taktahu pulak boleh beli official album kat Instagram. Rupanya, berpuluh account ada jual. Dah namanya official, so setiap pembelian album akan dikira dalam Hanteo chart. Aku punya, beli kat KEDAIKPOPMY Sebelum decide beli kat sini, aku dah bandingkan harga dgn acc lain and KKM paling murah! Ada lagi satu IG ni pun jual harga murah jgk tapi lupa dah apa nama acc tu. Nah, belanja skit. hehe


Harga termasuk GST + postage : RM63 shj (SM). Disebabkan aku ni 1st press so aku dapat poster XD 1st press ni kiranya early bird la, biasanya hanya 1st & 2nd press je dapat poster, sbb limited. Nampak cantik, takrenyuk pun kan poster tu. Sebenarnya, nanti korang akan diberi pilihan cara nak pack poster sama ada nak letak dalam tube ataupun tak nak. Kalau dalam tube, camtu lah rupanya cantik suci takde kedut. Kalau takletak dalam tube, nanti poster tu akan dilipat. Takcantik la. Nakcantik, korang kena tambah RM5. Masa album ni sampai, aku takde kat rumah. Ibu pun tanya,

"awak beli apa ni siap dengan batang paip. Pastu ada buku lagi."

haha Kau nakjawab apa? Aku senang je, cakap "adala..." So dia taktanya lagi. Takkesah la batang paip pun, asalkan sampai dalam keadaan baik. Cara nak order, boleh je pergi website KKM then usha barang yang korang nak then isi form. Senang jer. Dah isi, settle kan payment lagi 3 minggu dapat la barang korang tu. Kalau nak cepat sampai, boleh order kat KPOPTOWN / YESASIA. Kebanyakkan seller kat IG, dorang guna sistem batch. Tu yang jadi lambat skit. So, kena alert la bila batch tutup and next batch akan buka.


Harga album: RM63 (inc GST + postage) + RM5 (tube)
Total Harga: RM68 shj.

Ni contoh gambar dalam photo book. Nak tunjuk semua, kena buat part 2 la. Tapi macam melebih plak nak cerita pasal album je pun sampai part 2 bagai HAHA. So itula ceritanya. Yang pasti, both album dengan poster sampai dalam keadaan baik. Album tu pun dah siap packing dengan plastic so
in Sha Allah takde cacat. Okay, enjoy cuci poket.
Till then.







2 comments:

  1. rajinnyer beli album kpop :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah rajin hehe Tp nk tunggu album ni smpai boleh tahan lama jgk. Biasalah pre-order kan.

      Delete